Saturday, October 5, 2013

Ketahui rahsia bagaimana menjadikan handphone kita sebagai alat pengeluar duit setiap bulan

Ketahui rahsia bagaimana menjadikan handphone kita sebagai alat pengeluar duit setiap bulan Disini saya ingin menawarkan satu peluang yang hebat, WOW! Program Tune Talk/Tone Excel Tapi sebelum itu izinkan saya untuk bertanya beberapa soalan. 1) Adakah anda salah seorang pengguna handphone? Besar kemungkinan anda akan berkata "YA" 2) Sudah berapa lamakah anda menggunakan talian tersebut? Besar kemungkinan anda akan menjawab dah lebih setahun atau sudah beberapa tahun. 3) Apakah yang anda perolehi setelah beberapa tahun menggunakan talian tersebut? Besar kemungkinan anda akan berkata, saya boleh buat call, sms, kumpul point boleh tukar kepada kredit. 4) Berapakah duit topup atau bayar bill handphone setiap bulan ketika ini? Besar kemungkinan anda akan menjawab dalam lingkungan RM50-RM100. 5) Adakah sesekali anda terasa berat untuk topup kredit handphone anda? Besar kemungkinan anda akan jawab, "YA, kadang-kadang saya rasa beban nak tambah kredit, terutama hujung bulan, kerana kekurangan duit, biasala gaji belum masuk lagi, jadi saya kena kawal topup saya" 6) Adakah ahli keluarga anda yang lain yang menggunakan handphone? Besar kemungkinan anda akan menjawab "YA" 7) Apakah yang anda perolehi bila ahli keluarga anda menggunakan handphone atau bila mereka topup? Besar kemungkinan anda akan menjawab "Dapat apa? mana ada dapat apa-apa" Tapi jika anda bertanyakan soalan tersebut kepada salah seorang rakan saya , cuba anda lihat apa jawapan dia dibawah ini: 1) Adakah encik salah seorang pengguna handphone? YA, saya gunakan handphone dengan talian TuneTalk/ToneExcel ni 2) Sudah berapa lamakah encik menggunakan talian tersebut? Sudah lebih 2 tahun, nak masuk 3 tahun, saya mula gunakan line ini semenjak tahun 2010 lagi. 3) Macamana dengan line TuneTalk ni, clear tak? TuneTalk ini juga sebahagiannya dimiliki oleh Celcom, jadi dimana ada line Celcom disitu ada line TuneTalk. 4) Apakah yang encik perolehi setelah beberapa tahun menggunakan talian TuneTalk/ToneExcel? Saya boleh buat call dan sms. Saya boleh gunakan simkad tersebut untuk surf internet. Saya dapat insuran kemalangan PERCUMA sebanyak RM100,000.00. Saya dapat point setiap kali saya topup dimana point tersebut saya boleh tukar dengan tiket kapal terbang AirAsia secara percuma. Saya juga dapat peluang menjalankan perniagaan dari TuneTalk/ToneExcel tanpa perlu apa-apa modal lagi dimana saya akan diberikan komisyen iaitu duit apabila saya mengajak orang lain juga menggunakan talian tunetalk/toneExcel ini. Kalau saya dapat seorang, saya akan dapat RM20, malah saya juga akan dapat komisyen setiap kali mereka topup. Kalau mereka topup RM10, saya akan dapat 60sen. Bayangkan kalau mereka gunakan simkad tersebut selama 10 tahun, maka selama itulah saya akan dapat komisyen daripada dia sekiranya dia topup. Mereka topup bukan perlu jumpa saya pun, mereka boleh topup dimana-mana seluruh Malaysia. Jadi kalau saya nak dapat komisyen yang banyak lagi ramai oranglah yang saya syorkan menggunakan line TuneTalk/ToneExcel ini. 5) Susah ke nak dapat topup tunetalk ini? Mana susahnya, mereka boleh topup dimana-mana jua kedai-kedai yang ada menjual topup prepaid di seluruh Malaysia, kedai kecil, kedai besar, kedai sedang dan juga melalui online seperti Maybank2u, CIMBClick dan macam2 lagi. 6) Tadi encik kata, kita perlu perkenalkan kepada orang untuk dapat komisyen, bagaimana jika saya tak pandai nak promote kepada orang lain? Tuan, kalau kita beli gula, kita boleh menikmati gula tersebut untuk buat air kopi, tapi kalau kita nak untung, kita kena jual gula atau air kopi kepada pembeli, tuan kena cari pembeli, kalau tidak berlaku jual beli, maka tiada keuntungan, tiada perniagaan. Kalau tuan gunakan simkad TuneTalk/ToneExcel sahaja, maka tuan akan menikmati kemudahan call in/out, sms, internet surfing, insuran PA 100k, tiket AirAsia percuma, itu sahaja. Tapi kalau tuan nak komisyen kena keluarlah dan cari pembeli, baru ada jual beli dan baru ada keuntungan dan baru dipanggil perniagaan. 7) Bagaimana mula-mula encik mempromosikan TuneTalk ini pada peringkat permulaan? Sudah tentu saya tukarkan simkad isteri dan anak2 saya kepada TuneTalk/ToneExcel ini, sekurang2nya mereka dapat perlindungan PA insuran RM100,000 setiap seorang, dan juga bila mereka topup, saya dapat duit. Sapa nak bagi tuan. Cuba tuan fikir, dah berapa lama isteri dan anak2 tuan pakai handphone, berapakah komisyen yang tuan dapat? Jawapannya "tiada" tuan. Bertahun-tahun ahli keluarga tuan hanya sibuk meng"kaya"kan orang lain, tanpa memikirkan tuan yang penat cari duit malahan untuk belikan topup mereka pula. Apalah salahnya sekarang, mereka topup, dan bapa dia yang dapat komisyen. 8) Bagaimana komisyen dibayar kepada encik? ToneExcel akan membayar komisyen hasil topup ahli keluarga dan rakan2 saya pada setiap 21hb. Mereka kumpulkan komisyen tersebut, 21hb mereka bank in kedalam akaun bank saya. Jadi dah macam pencen pula, tiap-tiap 21hb tengok dalam bank dah ada duit, sebab tiap-tiap bulan orang topup handphone mereka. Orang sanggup berlapar tapi tak sanggup handphone tak ada kredit tau. Jadi topup kredit lebih utama dari makan saya lihat sekarang ini. Semenjak dari 2010, lagi saya dah dapat komisyen setiap 21hb. 9) Berapa komisyen yang encik dapat sekarang ini hasil dari mempromosikan kepada orang lain? 21hb November 2012 baru-baru ini, total komisyen kami sekeluarga yang masuk dalam bank adalah lebih kurang RM20,200.00 10) Banyak tu encik, boleh saya lihat buktinya, supaya saya lebih yakin lagi? Tuan, saya beritahu ini bukan untuk yakin kan tuan, saya nak beritahu tentang kebaikan menjadi pengguna TuneTalk/ToneExcel dan kelebihan mempromosikan program ini kepada orang lain. Yang penting saya dan keluarga saya dapat menikmati hasil penat lelah dalam usaha mempromosikannya diperingkat awal. Dulu saya susah tuan, sangat susah, duit tak pernah cukup, hidup sekeluarga makan maggie pun ada, dan waktu tu ada tuan datang tanya bukti betapa susahnya saya. Dan satu lagi, dulu semua orang tak percaya pada program ini, tiada apa-apa bukti pun, malah masa saya buat ada orang tanya "berapa komisyen yang kamu dah dapat", saya jawab belum ada bukti lagi, dia kata "Baliklah dulu, bila dah kaya dan ada bukti datang la semula". Waktu tu mereka tak tanya "boleh tunjukkan bukti yang kamu tak dapat seposen pun komisyen lagi, kalau dah terbukti dan saya yakin, nanti saya bantu kamu bila susah". Tidak tuan, bila susah, tuan kena selesaikan sorang2, tiada orang lain yang gembira membantu. Jadi tuan tak perlukan bukti sekarang dan yang penting kita bersyukur kepada Allah ketika susah dan ketika senang, dan saya cadangkan tuan juga buat program ini tanpa perlukan apa-apa bukti. 11) Berapa sekeping harga simkad ini encik? Sekeping harganya RM80 dan didalamnya ada airtime sebanyak RM30. 12) Bagaimana nak mendapatkan simkad ini? Lihat di Langkah 1 cara-cara membuat pesanan simkad . Klik disini Sehingga hari ini sudah melebihi 125,000 rakyat Malaysia sudah pun menyertainya program ini. Sebahagian besar dari mereka sudah pun menikmati ganjarannya. Ada yang mendapat komisyen puluhan ringgit sahaja, ada yang raturan ringgit, ada yang ribuan ringgit malah ada yang menerima puluhan ribu ringgit setiap bulan, saya ulang setiap bulan hingga ke hari ini. Maka, luangkan masa untuk melihat video dibawah ini dan ia mungkin akan mengejutkan anda dan mengubah kehidupan anda untuk jangka masa yang panjang.

Saturday, September 21, 2013

Apa yang diperolehi dalam Tune Talk selama 3 tahun ?

Salamat sejahtera Majaron, semoga sentiasa sihat bersama keluarga?Pada bulan July 2013, cukup 3 tahun pembabitan saya di dalam perniagaan Tune Talk / Tone Excel. Dari satu peringkat ke satu peringkat target yang saya letakkan didalam perniagaan ini, ada yang dapat dan ada yang tak dapat, tetapi kalau tak dapat sepenuhnya pun ia tetap dapat walau pun sebahagian.Kesimpulannya, apa yang saya dapat dalam 3 tahun ini dengan bermodalkan RM80, saya mendapat pencen bulanan melebihi RM30,000 setiap bulan, saya dapat beli kereta buruk BMW dengan harga tunai.Dan apakah target seterusnya didalam perniagaan tunetalk toneexcel ini. Saya letak target untuk dapatkan pencen setiap bulan RM50,000.00. Dapat ke tidak, saya tak tahu, yang saya tahu, saya hanya perlu berusaha kearah itu. InsyaAllah, kalau umur panjang, tahun ke-4 nanti iaitu bulan July 2014, saya akan buat laporan seperti ini lagi kepada Majaron.Jika anda tanya saya, seronok ke dapat pencen lebih RM30,000 tiap2 bulan, jawapannya, sangat seronok. Tiap2 bulan saya boleh menyimpan RM10,000 ke RM15,000 dan selebihnya saya buatlah apa sahaja perkara yang saya suka. Kerana bila duit tu habis, nanti 21hb ToneExcel akan masukkan lagi, sebanyak itu, malah mungkin lebih lagi. Inilah kehidupan tak perlu bekerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan.Jika anda tanya saya, mudah ke nak dapat pendapatan sebanyak tu setiap bulan dalam tunetalk/toneexcel ini, jawapannya, bergantung kepada diri masing2. Macamana mahu mendapat pencen yang banyak dalam bisnes ini? Saya akan kata, Sponsor 300 orang pada level 1 dalam tempoh 2 tahun. Jadi akan tanya diri sendiri, susah ke senang nak sponsor 300 orang dalam tempoh 2 tahun, kalau anda rasa senang, senanglah dia, kalau anda rasa susah, susah la dia. Semuanya bergantung pada diri sendiri.Jika anda tanya apa lagi yang saya perolehi selepas 3 tahun dalam bisnes ini? Saya akan jawab, selepas berpenat lelah sponsor orang siang dan malam, pagi dan petang selama 2 tahun, level pertama saya lebih kurang 300 orang, selepas itu, tak payah buat kerja lagi, tiap2 bulan saya dapat komisyen dari hasil topup rangkaian saya. 2 tahun saya penat buat kerja, ada yang mengutuk dan ada yang menghina, ada yang memandang lekeh ada yang tidak indahkan langsung, tetapi usaha tetap usaha, jalan tetap jalan, promote tetap promote dan sekarang, saya sedang menikmati hasil penat lelah tesebut. Saya tak tahu berapa lama saya boleh menikmati hasil kerja 2 tahun tersebut, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, mungkin 30 tahun, tetapi yang pasti sekarang ini saya sedang menikmatinya.Jika ada yang tanya apa lagi kelebihan yang diperolehi selepas penat bekerja selama 2 tahun ? Saya akan kata, walau pun saya berhenti menaja ketika ini, tetapi komisyen bulanan saya semakin naik, bulan Mac 2013, jumlah komisyen yang diperolehi lebih kurang RM25,000, tetapi pada bulan April2013 sahaja, jumlah komisyen yang diperolehi lebih kurang RM33,000. Mana ada dalam dunia ini, kita tak bekerja gaji boleh naik sampai RM8,000. Dalam dunia kerja, kalau tak kerja, tak dapat gaji, tetapi ini, tak kerja dapat pencen, dan pencennya pula tiap2 bulan naik. Secara jujur, memang saya tak pernah terfikir ianya akan berlaku dalam bisnes ToneExcel ini. Waktu ini, jika anda nak tahan duit jangan masuk pun dah jadi tak boleh, ia akan berlaku juga.Jika ada yang tanya lagi, apa yang saya perolehi kerana kerja kuat2 macam orang bodoh selama 2 tahun dulu dalam toneexcel ini? Saya akan katakan, saya tiada harta yang banyak untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak2. Saya akan lebih bersalah jika saya meninggal hari ini, esok-esok keluarga saya merempat kerana kemiskinan, mereka hidup susah dan mula berhutang sana sini. Cuma sekarang saya boleh tersenyum sedikit, kerana jika saya meninggal hari ini, kesemua komisyen topup yang saya perolehi didalam ToneExcel ini akan dipindahkan pula kepada isteri saya. Dia pula akan dapat komisyen tersebut 100% setiap bulan. Sekurang2nya keluarga saya terjamin sedikit dari segi kewangan. Mereka tak perlu kerja pun akan dapat komisyen setiap bulan pada 21hb. Mudah2an mereka akan gembira dan berkata "Tak sia-sia usaha, keringat dan titik peluh abah berpenat lelah selama 2 tahun dahulu dalam bisnes tunetalk/toneexcel ini semasa hayat dia, sekarang kita tumpang senang"Saya amat bersyukur kerana diberikan segala macam nikmat didunia.Yang pasti nikmat tersebut telah pun diletakkan didalam dunia ini, hanya menunggu diambil oleh mereka yang berusaha, fokus dan konsisten didalam usaha mereka sendiri.Terima kasih kembali.Mazelan Abas010-5232047

Cuba dekati bisnes telekumikasi

Salam sejahtera, semoga sentiasa gembira disamping keluarga. Dalam email yang lalu saya menyarankan supaya anda cuba babitkan diri didalam bisnes telekomunikasi. Seperti apa yang saya buat sekarang ini, saya mendekati bisnes telekomunikasi TuneTalk di Malaysia ini. http://toneexcel.biz Ini merupakan bisnes yang untungnya hanya sedikit, saya sering katakan, bisnes untung sepuluh sen dua puluh sen. Tak banyak. Ada juga rakan-rakan yang saya ajak menyertai perniagaan ini, mereka kata tak mau la En. Mazelan, modalnya kecil, untung pun sikit sangat. Saya dah biasa dengan bisnes modal besar, untung pun besar.Bagi saya, lebih baik bisnes yang modalnya kecil, resikonya pun kecil, kalau kena gayanya, untungnya besar juga.Cuba lihat berapakah komisyen yang saya perolehi setiap 21hb bulan dan dimasukkan terus kedalam akaun Maybank saya dari TuneTalk ini dengan modal permulaan sebanyak RM80 sahaja. Bermula dari July 2010.Month RMJul-10 RM 59.30Aug-10 RM 532.06Sep-10 RM 1,293.03Oct-10 RM 1,823.65Nov-10 RM 2,675.12Dec-10 RM 3,415.11Jan-11 RM 3,716.73Feb-11 RM 3,769.37Mar-11 RM 3,971.57Apr-11 RM 3,705.24May-11 RM 4,127.73Jun-11 RM 3,613.97Jul-11 RM 3,912.87Aug-11 RM 3,957.29Sep-11 RM 3,825.21Oct-11 RM 4,102.54Nov-11 RM 4,334.57Dec-11 RM 4,542.38Jan-12 RM 5,237.25Feb-12 RM 5,435.57Mar-12 RM 6,486.23Apr-12 RM 6,842.02May-12 RM 9,657.42Jun-12 RM 11,741.73Jul-12 RM 13,384.83 Saya menaja orang lain secara aktif dan bersungguh sungguh sehingga July 2012, kerana bulan itulah genap 2 tahun saya mempromosikan TuneTalk/Toneexcel ini. Selepas itu, saya duduk je, sebab saya rasa dah cukuplah duduk rumah, rehat-rehat dapat lebih RM10,000 tiap-tiap bulan, boleh pergi memancing selalu. Tetapi, apa yang saya teka sangat jauh tersasar, cuba anda lihat komisyen yang saya perolehi selepas dari tarikh tersebut...ia semakin berkembang. Aug-12 RM 14,625.60Sep-12 RM 15,190.66Oct-12 RM 16,707.48Nov-12 RM 17,324.56Dec-12 RM 18,784.73Jan-13 RM 20,573.28Feb-13 RM 21,852.49Mar-13 RM 24,895.34Apr-13 RM 33,201.43May-13 RM 32,864.92Komisyen pertama lebih kurang RM60, selepas itu dia ada naik dan ada turun, tetapi arah tuju komisyen tetap kearah menaik. Komisyen ini tetap akan saya perolehi kerana setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, orang sentiasa topup handphone mereka. Rakan-rakan boleh lihat disini, setiap hari berapa ramai orang menyertai perniagaan ini, saya ulang setiap hari network tersebut akan membesar:http://toneexcel.biz/?id=8694/#rakanbaruTetapi jangan lupa di Malaysia ini sahaja, seorang peniaga mula membuat perniagaan telekomunikasi, untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja, mampu mengaut keuntungan berbillion ringgit melalui kompany bernama Maxis Communications Berhad. Orang itu adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Orang kedua terkaya di Asia Tenggara di belakang Robert Kuok dan yang ke 82 terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan bernilai US$11.7 billion. Sumber dari Forbes.Salah seorang orang terkaya di Thailand, mengendalikan perniagaan telekomunikasi, Advanced Info Service PCL dan ketika ini memiliki 31 juta pengguna AIS. Orang tersebut adalah Thaksin Shinawatra, bekas perdana menteri Thailand.Cuba anda lihat website inihttp://www.forbes.com/billionaires/list/Cuba anda lihat siapakan orang nombor satu terkaya didunia, nama dia Carlos Slim Helu. Kalah Bill Gate, Ortega dan Warrant bufett. Apakah perniagaan Carlos Slim Helu, telekomunikasi dengan nama América Móvil. Bisnes untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja.Jika anda ada masa, juga cari di internet nama-nama billionair dalam bisnes telekomunikasi, Mike Adenuga, Suni Mittal, Vladimir Yevtushenkov, Denis O'Brien, Najib Mikati, Taha Mikati, Naquib Sawiris, Richard Li, Craig McCaw, Murat Vargi, Mehmet Emin Karamehmet, Gleb Fetisov, Jan Kulczyk, Kenny Troutt dan ramai lagi.Sebab itu saya sangat menggalakkan anda untuk membabitkan diri didalam bisnes telekumunikasi ini, dan saya amat yakin, dalam masa 5 tahun lagi, TuneTalk/ToneExcel akan menghasilkan beberapa orang jutawan di Malaysia ini yang mempunyai pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan, dan tidak mustahil, pendapatan mencecah jutaan ringgit setiap bulan.Soalannya, siapakah dia, mungkin Majaron dan mungkin juga saya. Terima KasihMazelan Abas0105232047Buat duit dengan talipon bimbit andahttp://toneexcel.biz/?id=8694

Buatlah bisnes ini betul-betul selama 2 tahun

Buatlah bisnes ini betul-betul selama 2 tahun Makin hari toneexcel makin dewasa, toneexcel semakin matang dan toneexcel semakin kukuh. ToneExcel telah menghasilkan ramai daripada kita yang mempunyai pendapatan beribu ringgit setiap bulan. Ia bukan satu rahsia lagi. Malah saya pernah mendengar seorang top gun berkata, tidak mustahil suatu hari nanti ToneExcel akan menjadi peneraju utama dalam bidan telekominukasi di Malaysia ini. Saya harap apa yang dia ucapkan akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Syukur pada Tuhan.Saya sekarang pun, walau pun kurang menaja, pendapatan tetap naik setiap bulan, dan saya sering, apabila berjumpa saudara mara atau rakan-rakan, saya hanya beritahu mereka, jika ingin dapat pendapatan untuk tambah2 duit gaji, buatlah bisnes tunetalk/toneexcel, tapi kalau gaji dah cukup, tiada masalah kewangan lagi, tak perlulah buat bisnes ini.Tapi ada juga rakan2 yang apabila saya kata buatlah bisnes ni betul-betul selama 2 tahun, lepas tu lihat sendiri hasilnya dan beritahu kemudian samada nasihat tu betul atau tidak, mereka tanya saya balik, macamana "buat betul-betul tu En Mazelan", apa yang perlu saya buat? bagus juga soalan tu.Disini saya boleh cadangkan bagaimana cara "buat betul-betul" pada pandangan saya.1. Ambil sehelai kerta kosong, tuliskan nama dan no phone SEMUA saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang kenal sikit2, jiran-jiran, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan sepermainan, siapa sahaja yang ada kenal, tak kira dia jawatan besar ke, jawatan kecil ke, senaraikan sahaja dalam kertas anda tadi.2. Cuba call mereka dan buat temu janji, dekat rumah dia ke, dekat kedai kopi ke, dekat rumah anda ke, tak kira, asalkan dapat buat temu janji untuk anda tawarkan satu peluang perniagaan yang sangat-sangat besar.3. Bila dah dapat buat temu janji, pastikan sebelum anda keluar tu, mesti ada beberapa keping simkad ToneExcel didalam poket. Apabila anda berjumpa mereka, keluarkan sekeping kertas kosong, terangkan dengan penuh semngat kelebihan menggunakan simkad toneExcel, seperti insuran, point tiket kapal tebang dan terakhir peluang menjana pendapatan sampingan diatas kertas tersebut.4. Jika mereka berminat, minta terus RM80, berikan simkad dan ajarkan mereka cara SMS menggunakan Handphone mereka sendiri, biarkan mereka terasa senang untuk menjalankan bisnes ini.5. Bila dah selesai dan anda ingin pulang, jangan lupa tinggalkan kertas yang anda gunakan untuk penerangan tadi kepada rakan anda tersebut, dan pastikan pada kertas itu ada tertulis no ID anda dan no handphone anda.Jika anda boleh buat satu appointment setiap malam, buatlah macam ini selama 2 tahun, insyaAllah, hasilnya saya pasti anda sendiri tidak terjangkau untuk difikirkan. Bagi saya itulah maksud "buatlah bisnes ini betul-betul selama 2 tahun".Semoga ia boleh jadi panduan kepada sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan didalam kehidupan mereka.Saya yakin, anda boleh berjaya dalam bisnes ini. Mazelan Abas010-5232047

Tone Excel beri peluang

Jangan lepaskan peluang yang diberikan Disini saya ingin memberikan satu peluang pernigaan sampingan kepada anda dimana ia merupakan satu peluang yang jarang-jarang sekali timbul dinegara kita.TuneTalk-ToneExcel Referal program merupakan satu peluang yang amat hebat kerana:1. Service provider yang diberikan adalah Tunetalk yang terkenal kerana ia dikendalikan oleh TuneGroup yang mengandungi AirAsia, TuneHotel, TuneMoney dan TuneTalk sendiri.2. Produk yang diketengahkan oleh ToneExcel ini adalah prepaid dimana kita tahu ia merupakan produk keperluan rakyat negara kita. Boleh dikatakan 80% daripada penduduk di Malaysia menggunakan handphone dan mereka adalah bakal pelanggan kita.3. Mudahnya program ini adalah tugas kita hanyalah mengedarkan simkad prepaid Tunetalk-ToneExcel kepada sahabat, rakan, saudara mara yang menggunakan hand phone. Apabila mereka topup maka kita akan mendapat hasil dari topup mereka.4. Yang menjadi kelebihannya adalah mereka top up bukan dengan kita, mereka boleh topup dimana sahaja, seperti di 7Eleven, kedai2 topup, stesyen minyak, maybank2u, cimbclik dll.5. Modal kita bukan banyak, beli simkad tersebut sebanyak RM80, dapat kredit RM30, register didalam program ini, dan dah boleh mulakan perniagaan ini.6. Dapat jual pada seorang pun dah kira ada income, kalau kawan kita tu gunakan simkad tersebut seumur hidup, maka seumur hiduplah kita dapat komisyen dari ToneExcel dan komisyen tersebut akan dimasukkan kedalam bank kita.7. Kalaulah masa kawan kita tu top up di 7Eleven lah katakan, dan ketika itu kita sedang tidur, naaah, ini yang dikatakan tidur pun dapat duit.8. Kalau kita tak buat pun, memang kita pakai handphone, duit habis jugak, daripada pakai handphone tak dapat duit lebih baik pakai handphone dapat duit. Cuba fikirkan berapa ramai ahli keluarga kita yang pakai handphone, rakan karib kita yang pakai handphone, rakan sekerja pakai handphone, berapa pula duit yang mereka keluarkan setiap bulan hanya untuk beli prepaid atau bayar bil taliphone, kesemua mereka ini merupakan bakal pelanggan anda.9. Ada bantuan pulak lagi, jika anda ingin sebarkan program ini untuk cari downline secara online, boleh dapatkan website percuma dari kami. Free pulak tu.10. Program ini masih baru, baru dilancarkan pada 5/8/2010 di Hotel Sunway, Petaling Jaya, anda berpeluang menjadi antara orang2 yang awal, jangan tunggu sehingga sudah berjuta pengguna menyertai program ini, baru kita ingin sertainya, dikuatiri agak terlambat.Luangkan masa untuk melihat website http://toneexcel.biz ini, fahami dan berkenalan dengan produk telekominikasi terlebih dahulu.Terima kasihMazelan Abas010-5232047